Rabu, 23 Februari 2011

~ PULUN KEDAH PULUN ~


‎"Pulun Kedah Pulun" .. slogan yang mungkin mudah untuk diperkata. Namun untuk melaksanakannya tidak semudah itu.. bagi skuad hijau kuning, pertemuan menentang Kelantan Jumaat ini (25 Februari 2011) adalah sebagai galang ganti nasib mereka sepanjang Liga Malaysia 2011 berlangsung. Namun bagitu, harapan setiap pemain skuad Kenari untuk melihat penyokong memenuhi stadium, memberikan sokongan pada mereka adalah tinggi dan di sini lah titik permulaan suasana SDA sepanjang musim ini.. Bagi penyokong pasukan KEDAH tiada apa yang diharapkan selain KEMENANGAN .. bukan sahaja sebagai kepuasan hati sendiri.. malah sebagai suatu titik tolak 'semangat pulun' yang perlu ada dalam pasukan KEDAH yang tidak harus dipadam.. di sini lah bermulanya nasib pasukan KEDAH sepanjang liga berlangsung.. samada Stadium Darul Aman bakal penuh, ada gelombang hijau kuning.. atau sebaliknya.. sebagai salah seorang penyokong KEDAH, saya amat sedih dan agak terkilan dengan prestasi pasukan KEDAH sekarang. Apatah lagi melihat sokongan dari penyokong yang semakin hambar Jika suatu ketika dahulu, samada prestasi KEDAH naik atau turun, penyokong sentiasa turun ke SDA, melihat setiap detik prestasi pasukan mereka.. setiap sudut dipenuhi banner-banner yang menarik.. menyatakan sokongan dari pelbagai penyokong yang datang dari setiap pelusuk negeri KEDAH tetap sekarang, adalah di sebaliknya.Usahkan dikira banner dari
setiap pelusuk negeri KEDAH tetapi .. bilangan penyokong yang datang juga bagaikan menanti sesuatu yang belum pasti.. Hakikatnya, usaha dari pelbagai pihak samada pihak pengurusan, kebijaksanaan jurulatih serta usaha keras dari penyokong tanpa jemu  mampu menaikkan semangat para pemain sekaligus pemain mungkin mampu menghadiahkan kemenangan buat semua pihak. Sebagai penyokong, adakah kita sanggup melihat semangat pemain kita 'lumpuh' dek cemuhan kita yang hanya mahukan kemenangan..? Di manakah kita ketika pasukan di dalam kesusahan (kekalahan)..? Sering kali kita (penyokong) bertanyakan kepada pihak pengurusan, "Apakah langkah yang telah mereka ambil untuk memajukan pasukan kesayangan kita" tetapi kenapa kita tidak bertanya, "Apakah langkah yang perlu kita ambil untuk menaikkan semula semangat pasukan kesayangan kita..?" Ayuh penyokong skuad KENARI.. buktikan..pertemuan antara Kedah dengan Kelantan pada Jumaat ini adalah menjadi kewajipan anda untuk memenuhi stadium dan memberikan sokongan.. bukan cemuhan..buktikan bahawa anda bukan hanya sekadar penyokong ketika menang sahaja.. "Sokongan Kami Bukan Sekadar Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman".......

~ wananir ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan