Jumaat, 11 Mac 2011

~ jeling2 ~

~ sekadar selingan ~



Musim bola,  di mana-mana bola:
kaki bola makan bola minum bola
mimpi bola kahwin bola gila bola
lagu bola baju bola jejaka bola
urut bola suami bola isteri bola
gaduh bola jodoh bola dating bola
hantaran kahwin bola dan kasut bola
anak bola syok bola tidur bola
judi bola trauma bola fobia bola
bola bola bola bo la bo la...


 

(i)
Alkisah seorang isteri:
“tengah aku tidur lena
suami aku mengigau           
dia tendang aku
dia ingat aku bola
dia tumbuk muka aku dia ingat aku pengadil yang tak adil.”


(ii)
Alkisah lagi seorang isteri:
“suami aku asyik sebut gol! gol! gol!
dia bermimpi main bola
tendang bola masuk gol
dia tiup wisel preeettttaku di sebelahnya jadi mangsa.”



(iii)

Alkisah lagi seorang isteri:
“baru aku tahu suami aku kaki judi bola
aku jumpa kertas pertaruhan dalam poket seluarnya
macam-macam skor ada
macam-macam nama negara ada
bila tanya, suami aku kata
“itu kawan-kawan punya. tersilap ambil.”



(iv)

Alkisah lagi seorang isteri:
“suami aku balik mahu makan
aku masak dan hidangkan sup (be) bola
dia kata aku perli sebab dia kaki bola
yang sebenarnya aku masak
sup (be) bola ayam dan udang.”




~ ukz1903 ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan